Wednesday, September 18, 2013

Awak percaya takdir?

Assalamualaikum w.b.t

"Awak percaya takdir tak?" tanya aku kepada seorang rakan.
"Percaya. Tapi kita jangan terlalu berharap pada takdir. Takdir boleh di ubah, dengan adanya usaha. Kita boleh mendapat takdir yang lebih baik dalam hidup kita kalau kita berusaha ke arahnya." jawab rakan aku tu.

Hari tu aku ada tanya soalan ni kepada kawan aku. Jawapan dia ringkas je. Tapi memang terkesan dalam hati aku. Aku memang anggap apa yang jadi kat aku, semuanya takdir dari Allah. Sebenarnya, aku boleh jadikan takdir aku lagi baik dari sekarang. Sebenarnya, kalau kita berusaha pasti kita mendapat kepuasan dalam hidup kita. Yang penting, biarlah perjalanan hidup kita diredhai oleh Allah.

Kawan aku ada sebut lagi, takdir yang tak boleh kita ubah hanyalah ajal. Setiap kematian telah ditetapkan oleh Allah. Tu kita tak boleh elak. Bila-bila masa je boleh jadi. Aku rasa bangga dengan kawan aku tu sebab dia memang seorang yang kuat semangat. Dia tak give up walau apepun yang jadi. Dia tetap terus berusaha untuk dapatkan apa yang dia nak. Memang dia tempuhi dugaan yang berat sangat. Kalau aku, memang aku tak mampu.

Thanks kawan sebab buka mata aku mengenai sesuatu yang bernama takdir.

6 comments:

  1. betol la ckap kwan awak 2 =) xboleh berserah pd takdir semata2..Allah pn xsuka hambaNya ptus asa mcm tu je..bila dh berusaha..msti manis di pghujungnya..

    ReplyDelete
  2. Hmm betul tu. Yang penting, jangan cepat berputus asa. Ingat ye :)

    ReplyDelete
  3. Teringat ayat ni, Allah takkan mengubah takdir sesuatu kaum tu kecuali mereka sendiri yang berusaha mengubahnya. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Aida. Ayat yg sesuai utk post sy yg nie.

      Delete
  4. Usaha yg pnting. Qada' dan Qadar mmg telah dtetapkan sjak azali dri kita lahir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea, percaya pada Qada' dan Qadar :)

      Delete