Thursday, June 12, 2014

Setia

Perkataan 'setia' ada maksud yang paling mendalam bagi seseorang. Ada yang jadikan setia itu sebagai tiang untuk terus berharap. Sebagai landasan untuk menjadi yang terbaik. Akan tetapi, kita tak tahu betapa sakitnya rasa itu bila diperbodohkan. This term bukan saja untuk yang bercinta dengan kekasih hati, tapi untuk yang bersahabat juga. Buanglah rasa setia tu jauh-jauh. Nasihat aku, be natural. Setia pun boleh membunuh jiwa yang bodoh kerana terlalu mempercayai. Dan bila rasa percaya itu sampai ke tahap yang tertinggi, akan datang satu dugaan yang kau sendiri tak terduga. Dengan sekelip mata, rasa percaya itu mati.