Monday, September 30, 2013

Safe Haven

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni nak story tentang cerita Safe Haven pulak. Movie Safe Haven (2013) ni sebenarnya adaptasi dari novel 'Safe Haven' dari penulis Nicholas Sparks, kalau tak silap tahun 2012 buku tu keluar. Memang aku baca buku novel tu dulu then baru tengok movie dia tahun ni. Suka sangat sebab kisah dia best. Mungkin aku boleh ceritakan sikit. Tapi kalau nak tahu cerita penuh, sila baca yeh! Sangat best !


Aku memang suka imagine setiap part dalam novel ni. Bagi aku, baca novel Safe Haven ni lagi faham secara detail kisah dia. Tapi tengok movie je pun, rasanya boleh faham kot. Heee :) Movie tu mula dengan situasi Katie yang cuba larikan diri dari rumah selepas tertikam suaminya. Sebelum lari, dia bertekad nak warna rambut dia, and berpura-pura jadi wanita mengandung. Sebenarnya Katie selalu didera oleh suaminya itu. Suami dia 'terlebih' sayang sangat kat Katie, sehinggakan tak bagi dia kerja, keluar rumah, keluar dengan kawan, semuanya kena kongkong. Bila salah sikit je, Katie akan dipukul. Lebih teruk lagi, dia dibelasah. Apapun yang jadi, dia tetap sabar. Sebelum ni, dia dah banyak kali cuba larikan diri. Tapi mesti suami dia dapat cari sebab suami dia seorang anggota polis. 

Katie berjaya larikan diri ke satu pekan kecil, Southport di North Carolina. Di pekan kecil tu, Katie dapat tenangkan diri dan yakin suaminya takkan jumpa dia kat sana. Di sana, dia mula bekerja sebagai seorang waitress. Dia juga berkawan dengan jirannya yang bernama Jo. Jo sangat baik dengan dia dan sentiasa ada dengannya. Di situ juga, dia jatuh cinta dengan Alex, seorang pengurus kedai runcit yang mempunyai dua orang anak. Isterinya telah meninggal. 


Dipendekkan cerita, suami Katie berjaya menjejaki Katie di Southport. Suami Katie hilang pertimbangan dan berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan kematiannya. Setelah itu, Katie berasa lega dan tidak hidup dalam ketakutan lagi. Alex pula memberikan kepadanya sepucuk surat. Surat itu adalah daripada arwah isterinya. Dalam surat itu, ada sekeping gambar. Katie dapat tahu yang arwah isteri Alex adalah Jo, yang selama ini menemaninya. Rupanya Katie je yang nampak bayangan Jo. Masa dia baca surat tu, serious aku terharu. Haha. 

And lastly, Katie and Alex live happy together :)


2 comments:

  1. menarik =) mcm mn plak jo 2 hanya imaginasi?? orang skeliling xkn xtgok pelik je kt katie?? kn diorang sntiasa bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katie dengan Jo bila takda orang kat sekeliling diorang. Dalam movie dia tak tunjuk sgt. Dalam novel dia, ada dia bgtau yang Jo tak sentuh pun minuman yang Katie order untuk dia, masa diorang pergi kedai minum2. hehe :)

      Delete