Wednesday, July 31, 2013

The Notebook #2

Assalamualaikum w.b.t

Dua tiga hari terngiang-ngiang cerita ni. Sekarang, aku nak cerita sikit apa kisah The Notebook ni. A novel from Nicholas Sparks. Published on 1 October 1996. Then tahun 2004, movie dia came out. Ada jugak filem Bollywood yang adaptasi dari novel ni jugak. Tajuk dia Zindagi Tere Naam.

Kisah cerita The Notebook ni adalah sebuah cerita yang dibaca oleh Duke (Noah) kepada seorang wanita tua yang hilang ingatan..

Kisah tentang summer love Noah dan Allie. Noah budak kampung je. Allie tu orang berada. So, bila dah bercinta bagai nak rak, mak ayah Allie tak berapa berkenan dengan Noah sebab bagi diorang, Noah takda masa depan. Diorang gelar Noah sebagai 'trash trash trash' tawu. Sedih Noah bila dengar tu. Nak taknak, diorang terpaksa putus and move on. Tapi susah bagi Noah untuk lupakan Allie. Hmm. Bila dah hidup separate, Noah tulis 365 surat untuk Allie, tapi dia tak pernah balas. Mak Allie sorok surat-surat tu. Jahat!

Masa Allie jadi volunteer kat hospital, dia berjumpa dengan Lon (kekasih baru dia). Masa tu aku sedih kot sebab dia dah lupakan Noah.
Dalam pada tu jugak, Noah memang mengharap lagi kat Allie. Sampai berjanggut dia tunggu Allie. Dia nak tunaikan janji-janji dia dulu salah satunya, dia nak bina sebuah rumah besar warna putih. Rumah tu Noah buat sendiri untuk tunjukkan yang dia setia kat Allie. Mana tak terkejut Allie sebab nampak gambar Noah dengan rumah besar dia kat paper ! Then dia pergi melawat Noah. 


Then, ada konflik sikit. Allie keliru nak pilih Noah ke atau Lon. Lastly, dia pilih Noah. Ahhhhh *relieved!*
Tapi cerita dia belum habis kat situ. Part sedih bila aku dapat tau, rupanya kisah yang org tua bacakan tu sebenarnya diorang la Noah dan Allie. Allie suffer penyakit dementia dan hilang ingatan camtu la. Di sebabkan taknak memori diorang lenyap camtu je, sebelum penyakit dia makin teruk, Allie tulis semua yang mereka lalui dalam sebuah buku nota.

Dia ada tulis kat muka surat depan sekali, "read this to me, and I'll come back to you."



Hmmm, Noah memang tak putus asa bacakan buku tu banyak kali. Allie tetap tak ingat gak. Huhu. Lastly, diorang meninggal sama-sama kat atas katil hospital dengan berpegangan tangan. Ni baru namanya sehidup semati.

Bila baca kisah cinta, mesti aku rasa sedih. Tak sure sedih kenapa. Tapi boleh dikatakan memang feeling sedih sampai menusuk jantung la. Setiap orang ada kisah cinta masing-masing kan :)

8 comments:

  1. hai.. salam kenal,
    follower no.33
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai tengku. Thanks jenguk sinii. Follow you balik :)

      Delete
  2. best2 =) bca yg awk tulis pn dh boleh bygkn mcm mn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plot dia menarik. Mesti ada part sedih. Huhu

      Delete
  3. Ye ad jg critenye.. Tq crite kan... klau nak harap QL bace mmg x terbace le.. hehe.. best jg critenye.. n sedih2 nie teringat somebody ke? :P

    N Cik S da bce ke buku "A walk to remember"? dengar2 org kte best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Teringat somebody? Takda la. Just teringin nak lelaki yang setia sampai sanggup berkorban ape saje. Macam Noah tu la. Hehe.

      QL, "A Walk To Remember" tu sy dah baca buku dia and tgk movie dia pun dah. Huhu, lagi mengalir air mataaa. Of course baca buku dia lagi feeling la. Sbb movie ada part yang dia tak buat. Nak sy ceritakan pun boleh, QL. Sebak :'(

      Delete
  4. Sis dah tengok cerita ni. Lama dah masa zaman study dulu. Memang sedih la. Sampai sekarang sis masih simpan movienya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Cerita lama. Hehe, geng!

      Delete