Wednesday, July 31, 2013

The Notebook #2

Assalamualaikum w.b.t

Dua tiga hari terngiang-ngiang cerita ni. Sekarang, aku nak cerita sikit apa kisah The Notebook ni. A novel from Nicholas Sparks. Published on 1 October 1996. Then tahun 2004, movie dia came out. Ada jugak filem Bollywood yang adaptasi dari novel ni jugak. Tajuk dia Zindagi Tere Naam.

Kisah cerita The Notebook ni adalah sebuah cerita yang dibaca oleh Duke (Noah) kepada seorang wanita tua yang hilang ingatan..

Kisah tentang summer love Noah dan Allie. Noah budak kampung je. Allie tu orang berada. So, bila dah bercinta bagai nak rak, mak ayah Allie tak berapa berkenan dengan Noah sebab bagi diorang, Noah takda masa depan. Diorang gelar Noah sebagai 'trash trash trash' tawu. Sedih Noah bila dengar tu. Nak taknak, diorang terpaksa putus and move on. Tapi susah bagi Noah untuk lupakan Allie. Hmm. Bila dah hidup separate, Noah tulis 365 surat untuk Allie, tapi dia tak pernah balas. Mak Allie sorok surat-surat tu. Jahat!

Masa Allie jadi volunteer kat hospital, dia berjumpa dengan Lon (kekasih baru dia). Masa tu aku sedih kot sebab dia dah lupakan Noah.
Dalam pada tu jugak, Noah memang mengharap lagi kat Allie. Sampai berjanggut dia tunggu Allie. Dia nak tunaikan janji-janji dia dulu salah satunya, dia nak bina sebuah rumah besar warna putih. Rumah tu Noah buat sendiri untuk tunjukkan yang dia setia kat Allie. Mana tak terkejut Allie sebab nampak gambar Noah dengan rumah besar dia kat paper ! Then dia pergi melawat Noah. 


Then, ada konflik sikit. Allie keliru nak pilih Noah ke atau Lon. Lastly, dia pilih Noah. Ahhhhh *relieved!*
Tapi cerita dia belum habis kat situ. Part sedih bila aku dapat tau, rupanya kisah yang org tua bacakan tu sebenarnya diorang la Noah dan Allie. Allie suffer penyakit dementia dan hilang ingatan camtu la. Di sebabkan taknak memori diorang lenyap camtu je, sebelum penyakit dia makin teruk, Allie tulis semua yang mereka lalui dalam sebuah buku nota.

Dia ada tulis kat muka surat depan sekali, "read this to me, and I'll come back to you."



Hmmm, Noah memang tak putus asa bacakan buku tu banyak kali. Allie tetap tak ingat gak. Huhu. Lastly, diorang meninggal sama-sama kat atas katil hospital dengan berpegangan tangan. Ni baru namanya sehidup semati.

Bila baca kisah cinta, mesti aku rasa sedih. Tak sure sedih kenapa. Tapi boleh dikatakan memang feeling sedih sampai menusuk jantung la. Setiap orang ada kisah cinta masing-masing kan :)

Tuesday, July 30, 2013

The Notebook

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni mood movie The Notebook
Adaptasi dari novel The Notebook dari penulis Nicholas Sparks
Cerita dia sedih :'(
Hmmm.
Tak boleh nak cerita sekarang.
Seharian mood sedih sebab movie tu.

Wednesday, July 17, 2013

The Fault In Our Stars

Assalamualaikum w.b.t

A novel from John Green. Published on 10 January 2012.

Kisah novel ni tentang seorang penghidap kanser yang berumur 16 tahun, Hazel Grace Lancester, yang menghadiri sebuah support group setelah dipujuk oleh ibu bapanya. Semasa sesi di support group tu, Hazel bertemu dengan seorang lelaki hensem yang berumur 17 tahun, Augustus Waters. Sejak itu mereka berkenalan and fall in love ! You all should baca buku ni. Recommended !



I like the storyline which made me feel what Hazel felt. Bukan senang untuk nafikan kehendak takdir yang menyatakan she'll die soon. Lebih-lebih lagi, Augustus Waters had fall in love to her. Its like diorang takkan dapat bersama selamanya tapi diorang nak sangat-sangat. Bukan sekadar kisah cinta je, tapi kisah macam mana penghidap kanser menghadapi kehidupan dia sehari-hari. Devastating much :'(

Aku suka word-word yang penulis guna dalam buku ni.

"I'm in love with you, and I'm not in the business of denying myself the simple pleasure of saying true things. I'm in love with you, and I know that love is just a shout into the void, and that oblivion is inevitable, and that we're all doomed and that there will come a day when all our labor has been returned to dust, and I know the sun will swallow the only earth we'll ever have, and I am in love with you." - Augustus Waters

It seemed like forever ago, like we'd had this brief but still infinite forever. Some infinities are bigger than other infinities.




Lagi satu, ada character Peter Van Houten tu mengingatkan aku kepada coklat Van Houten. Hehehe. Ohh, dan aku dah agak dah. Mesti akan ada movie about this book. Can't wait ! Aku just nak tengok Augustus Waters je. Character dia, hensem, dia tempang sebab sebelah kaki dia terpaksa dipotong sebab kanser dia, and dia suka sangat letak rokok kat mulut dia as methaphor. Dia tak hisap rokok. Just rokok yang tak dinyalakan je. Hobi dia.


Handsome takkk?! Gila charming dia ni. Hmm, tapi dalam buku ni, sakit kanser dia datang balik and merebak kat part lain dalam badan dia. He became sick. Augustus janji akan lawan sakit kanser tu demi Hazel.

He promises to fight for her.

Tapi dia tak dapat survive and died. Dia pergi dulu sebelum Hazel. Hazel jadi heart-broken gila. *aku pun sama heart-broken*

Aku nak tunggu movie ni come out ok :)